Sunday, May 13, 2012

Tewas Dan Bangkit

      Assalamualaikum kepada semua pembaca yang dihormati.Semoga hari ni kita semua diberkati oleh Allah S.A.W.Pada hari ini penulis ingin berkongsi tentang tajuk yang begitu unik yang mana berlaku didalam kehidupan kita.Sudah lama sebenarnyer penulis tidak meluangkan masa untuk penulis coretkan buat muhasabah diri penulis.Jadi hari ini penulis merasa terpanggil untuk meneruskan perjuangan penulis dalam mengajak semua kwan-kwn supaya kita semua bermuhasabah dan mengenali diri kita

      Tajuk perbincangan kita kali ini ialah tewas dan bangkit..Tewas dan bangkit banyak berlaku dalam kehidupan kita,dan sebati menjadi pengalaman sehari-harian.Kadang kala kita sering melihat pada kemenangan tetapi kita lupa akan tindakan yang perlu kita ambil apabila kita tewas.Penulis cuba membayangkan apa yang telah penulis lalui sendiri bagi mengilhamkan idea untuk penulisan ini.

       Dalam mencari ilmu macam-macam dugaan yang kita lalui,syaitan sentiasa mahu kita tewas.dan syaitan tidak pernah berputus asa menggalakkan kita untuk tewas.Keimanan kita sentiasa diuji.setiap detik setiap saat setiap minit dan setiap masa , sentiasa diri kita diambang bahaya oleh bisikan syaitan yang cuba untuk menggagalkan matlamat kita untuk mencari keredhaan Ilahi.Tewas yang ingin penulis fokuskan disini ialah tewas dari segi perjalanan mencari cinta Ilahi.

      Kita sebagai manusia biasa tidak lari dari membuat kesilapan.Kita juga sebagai manusia sentiasa alpha mengulangi kesilapan.Yang pasti kita manusia sebenarnya mempunyai kekuatan dan kemampuan  untuk menghalang diri kiter dari membuat atau mengulangi kesilapan jika kita bertekad untuk benar-benar berubah.

      Sekali lagi penulis berharap pembaca dapat menerima ini sebagai muhasabah diri kita,Penulis percaya di dalam hati kita mempunyai satu nilai yg sngat kuat dan luar biasa yang mana sentiasa mendorang kearah kebaikan,tetapi kadang kala nilai itu terkunci..dan dipenjara oleh nilai kejahatan.Tugas diri kita sebagai manusia ialah untuk membebaskan kembali nilai kebaikan yg sudah lama terkunci di dalam diri.Cuba kita bermuhasabah dan bertekad untuk berjuang membebaskan nilai yg terkunci itu..Sudah lama kita membiarkan nilai yang negatif menguasai diri kita..dan kali ini kita cuba bangkit dan  memberi peluang kepada diri kita untuk terus menerus berjuang membebaskan sifat positif dan seterusnya membenarkan nilai baik tersebut untuk menjadi pentadbir di dalam diri kita.

      Cuba kita ingat balik diri kita pada tahap yang paling selesa dan tenang,tiba-tiba kita jatuh rebah tersungkur di sampuk oleh nafsu yang tidak kita undang,Kita lemah dan di kunci nafsu.Semakin hari diri kita lemah dan semakin lemah seterusnya nilai jahat ini mengusai diri kita.Adakah kita sedar siapa diri kita dahulu?Penulis ingin membangkitkan kesedaran kepada diri kita atas apa yg kita telah usahakan untuk mencari keberkatan telah di halang oleh syaitan dalam perjalanan kita mencari keredhaan.Tetapi harus kita ingat,nilai baik masih ada didalam diri kita, tetapi di kunci oleh nilai kejahatan.Hanya diri kita yang dapat membebaskannya.Tekad dan keazaman perlu untuk membebaskan diri kita seterusnya kembali kelandasan kita yang sebenar.

       Penulis percaya didalam hati pembaca mungkin merasai perkara yang sama.Kadang-kadang kita tewas dalam usaha kita untuk memperhambakan diri kepadaNya.Sama samalah kita bangkit melawan nilai negatif tersebut,dan kembali kepada diri kita yg sebelumnya,bahkan lebih lagi usaha yang patut kita lakukan kearah yang lebih baik.

      Sekian sahaja penulisan penulis pada kali ini,sama-samalah kita muhasabah diri untuk kita sama-sama cuba merasai kenikmatan dari usaha kebaikan yg kita lakukan.Penulis ingin meminta maaf jika bahasa yang digunakan tidak menepati ciri2 tatabahasa, InsyaAllah apa yang disampaikan dapat menyentuh sekurang-kurangnyanya sedikit di dalam hati untuk memberi titik atau tapak untuk kita berubah..Sekian.Assalamualaikum.