Monday, November 12, 2012

Jenis Ujian Yang Allah Berikan

Assalamualaikum kepada semua pembaca.bersyukur kehadrat Ilahi,pada hari ini penulis dapat lagi berkongsi ilmu yang seperti biasa penulis perolehi dari kuliah agama Ustaz Luqman Adnan.Kuliah yang di sampaikan oleh ustaz ialah mengenai Jenis ujian yang Allah berikan kepada hambanya.Allah menciptakan manusia untuk diuji siapakah yang baik amalnya.Ganjaran yang besar kepada hamba yang melalui dugaannya dengan tabah dengan semata-mata berserah diri kepada Allah.Bahkan nabi-nabi terdahulu juga diuji dengan ujian yang sngat hebat.

Ujian itu merupakan  perkara biasa dala kehidupan kita. Kita tidak dapat lari dari pelbagai ujian dalam hidup. Cumanya adakah kita menyedari kenapa kita diuji. Jawapannya sebagaimana firman Allah s.w.t dalam surah Al Ankabut ayat 2.

 "Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata : Kami beriman sedangkan mereka tidak diuji dengan suatu cubaan.

Kita sebagai orang beriman pastinya diuji, dan 4 jenis ujian yang kita pasti tempuhi:

1. Ujian Amal Ibadah
  • Manusia yang beriman perlu beramal ibadah sebagaimana tuntutan Al-Quran dan Sunnah.
  • Manusia diuji dengan melakukan ibadat seperti puasa, zakat, haji, korban dan lain-lain.
  • Solat juga satu ujian,berapa ramai yang gagal dalam ujian ini. Solat hanya bila keadaan senang dan bila sibuk langsung tidak bersolat
  • Contoh paling ekstrem adalah perintah Allah kepada Nabi Ibrahim untuk menyembelih anaknya yang sangat disayangi

2. Ujian Kemaksiatan
  •  Ujian berbentuk kemaksiatan atau larangan adalah perkara yang perlu di hadapi oleh kita.
  • Contohnya yang terjadi pada Nabi Yusuf yang diuji dengan seorang perempuan cantik isteri pembesar Mesir yang menggodanya untuk melakukan maksiat, tetapi dengan keteguhan imannya Nabi Yusuf menolak perbuatan tersebut.
  • Pada akhir zaman begitu banyak kemaksiatan berlaku, zina dan rogol kedengaran setiap hari. Aurat yang perlu dijaga sebagaimana tuntutan agama gagal dipenuhi. Sekali lagi begitu ramai gagal dalam ujian ini.
3. Ujian Kesenangan
  •  Kadang-kadang kita diberi kemewahan. Bergaji besar, mampu membeli rumah yang selesa, kereta besar. Wang bukan lagi masalah dalam kehidupan. Semua benda boleh dibeli. Tapi kita lupa bahawa harta kekayaan itu juga ujian. Berapa ramai yang mula sombong, lupa keluarkan zakat. Selalunya ramai yang tewas dengan ujian ini. 
4. Ujian Musibah
  • Ujian yang berbentuk musibah.Contohnya Nabi Ayub diuji Allah dengan penyakit yang amat hebat tetapi baginda tetap menjaga hatinya daripada dicemari tipudaya syaitan.
  • Ada antara kita yang dhaif, kehidupan kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, Sentiasa dalam kesimpitan.Adakah kita mampu bersabar atau mula memikirkan tambah pendapatan tanpa mempedulikan halal haram. Rasuah begitu berleluasa. Adakah jalan haram juga diambil bagi menjadi kaya. Sekali lagi kita diuji oleh Allah.

Semua keempat-empat ujian diatas pasti ada bagi setiap yang beriman.kerana Allah hendak menguji kesabaran kita, Maka beruntunglah bagi mereka yang berjaya menghadapi ujian tersebut dengan jayanya.
Sekian yang dapat sy kongsikan.Wassalam..

Thursday, November 1, 2012

Kewafatan Rasulullah S.A.W

Assalamualaikum kepada semua pembaca,semoga semua berada dalam keadaan shat hendaknya.InsyaAllah, pada kali ini penulis ingin berkongsi tentang peristiwa kewafatan Rasulullah S.A.W iaitu seorang Rasul yang sngt mulia sehingga dihormati oleh semua makhluk termasuk malaikat yang turut berselawat kepadanya. Bahan yang diperolehi ini, penulis peroleh juga melalui Kuliah Maghrib oleh Ustaz Luqman Bin Adnan.


Peristiwa Sebelum Kewafatan Rasulullah S.A.W

Pada akhir bulan Safar, sekembalinya Rasulullah S.A.W daripada menziarahi Tanah Perkuburan Baqi',Baginda mula berasa sakit kepala,Pada ketika itu, baginda berada dirumah Saidatina Aisyah R.A. Pada suatu hari, suhu badan baginda semakin meningkat. Lalu baginda meminta supaya badannya dibasahi dengan air. Setelah kesakitannya agak reda, baginda keluar berkhutbah kepada para sahabat. Dalam khutbah, baginda meminta Abu Bakar mengendalikan urusan negara dan mengimani solat jamaah. Disamping itu, baginda juga berwasiat kepada orang Islam supaya berbuat baik kepada orang Muhajirin dan Ansar,meyakini semua perkara adalah ketentuan Allah,menjaga perbuatan dan perkataan.

Kewafatan Rasulullah S.A.W

Pada pagi hari isnin,12 Rabiul Awal tahun 11 hijrah, keadaan Rasulullah S.A.W semakin lemah. Lalu baginda memanggil Fatimah supaya mendekatinya.Baginda juga memanggil isteri baginda dan berwasiat kepada mereka. Lalu keadaan baginda bertambah tenat, baginda berwasiat dengan sabdanya :
 
  "ا لصلاة ا صلاة وما ملكت ا يمانكم "


yang menyeru umat islam agar mengambil berat tentang solat dan orang yang di pimpin. Selepas itu baginda mengucapkan :

 "اللهم الر فيق الا علي "
 
sebanyak tiga kali sambil melihat kearah lelangit rumah. Tidak lama kemudian, baginda menghembuskan nafas yang terakhir di pangkuan Saidatina Aisyah. Ketika itu baginda berusia 63 tahun. Baginda dimaqamkan di Masjid An-Nabawi Madinah Al-Munawwarah.


Reaksi Para Sahabat Terhadap Kewafatan Rasulullah S.A.W

Setelah berita kewafatan Rasulullah S.A.W tersebar, ada dikalangan para sahabat yang tidak dapat menerima kenyataan termasuklah Saidina Umara Al-Khatab. Suasana menjadi tegang apabila Umar mengancam untuk menghukum orang yang mengatakan Rasulullah ( SAW) sudah wafat.


Abu Bakar yang baru kembali dari luar kota Madinah dengan tenang mendapatkan jenazah baginda dan mengesahkan kewafatan baginda lalu menciumnya.Lantas Abu Bakar berkhutbah : " Wahai manusia, barangsiapa menyembah Allah, sesungguhnya Allah Maha Hidup dan tidak mati..." Lalu, beliau membaca surah Ali-Imran ayat 144 yang bermaksud: " Dan Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul yang sudah didahului oleh beberapa orang Rasul (yang telah mati atau terbunuh) Jika demikian kalau ia pula mati atau terbunuh, patutkah kamu berpaling menjadi kafir?. Dan Ingatlah sesiapa yang berbalik (menjadi kafir), maka ia tidak akan mendatangkan kemudaratan kepada Allah sedikit pun. Allah akan memberi pahala kepada orang yang bersyukur..."