Thursday, September 27, 2012

Bulan Haji

Assalamualaikum semua,Alhamdulillah.pada pagi yang indah ini,penulis dapat meluangkan sedikit masa untuk cuba memenuhi waktu yang ada,InsyaAllah untuk terus menerus cuba menyahut seruan amal makruf nahi mungkar.

  • Cuba kita melihat jenis ibadat yang kita lakukan seperti solat yang dilakukan tiap2 waktu,dan tiap2 hari,Puasa yang dilakukan selama 30 hari setiap tahun serta Haji yang dilakukan sebagai rutin seumur hidup(bagi yang berkemampuan).Ibadat yang dilakukan berlainan jenis.tetapi semua yang dilakukan,adalah untuk manfaat diri kita sendiri .Hasilnya kita dapat rasakan setelah ibadat dilakukan samada solat yang mana kita merasai ketenangan hati selepas selesai solat atau sebaliknya,begitu juga dengan puasa Ramadhan yang akan menunjukkan hasilnya selepas bulan Ramadhan samada kita betul2 berubah atau sebaliknya,serta Haji yang menunjukkan hasilnya selepas kita pulang ke tanah air,samada Haji itu Mabrur atau sebaliknya.

  • Pada hari ini,InsyaAllah Penulis akan menulis serba sedikit perkara yang menyentuh mengenai ibadat haji,Bulan haji pada tahun ini bermula pada 17 september bersamaan dengan 1 zulkaedah.Bagi sesiapa yang mampu diingatkan jangan menangguh2kan nyer.Dan bgi yang tidak mampu berniat la akan menunaikannya jika ada kemampuan satu hari nanti.Teringat penulis tentang kuliah yang disampaikan oleh ustaz lukman yang membicarakan tentang jika kita diberi dua pilihan berkahwin atau menunaikan haji.jika kita cuma dapat memilih satu samada untuk berkahwin,atau untuk menunaikan haji,iaitu kemampuan kewangan kita hanya dapat memenuhi satu pilihan saja maka kita perlu menilai mengikut keadaan.bak kata ustaz tu 'klau dah x tahan kwen la dulu'.maksudnya.jika kita sudah tidak dapat mengawal kehendak batin tersebut,buat la pilihan untuk berkahwin dahulu.Bagi sesiapa yang mampu mengawalnya diharuskan untuk menunaikan haji terlebih dahulu.
          Untuk mengerjakan haji perlulah istito'ah iaitu mampu dari segi:

         Jasmani
         -Sihat dan kuat tubuh badan agar tidak mengalami kesulitan
           melakukan ibadat haji/umrah.

         Rohani
         -Mengetahui dan memahami rukun dan perkara berkaitan haji/umrah.
         -Waras dan memiliki persiapan mantel untuk melakukan ibadar haji/umrah.

         Ekonomi
        -Mampu membayar Biaya Penyelenggaraan Ibadat Haji.
        -Memiliki biaya hidup untuk keluarga yang ditinggalkan.

         Keamanan
        -Aman dalam perjalanan dan perlaksanaan ibadah haji/umrah.
        -Aman bagi keluarga,harta benda yang ditinggalkan.



  • Untuk pergi ke Makkah umpama kita bermusafir ke akhirat yang mana pergi ke Makkah umpama kita pergi untuk bertemu sakaratul maut.Perlulah kita bermaafan dengan sesiapa sahaja,melangsaikan segala hutang,dan melunaskan segala2nya supaya hati kita bersih untuk kita menunaikan ibadat haji.

  • Perlu memakai 2 helai kain berwarna putih untuk ihram.
  • Semakin susah ibadat yang kita lakukan semakin bnyak pahala.Ini disentuh oleh ustaz apabila terdapat jemaah yang sngt selesa untuk melakukan wukuf padang arafah(VIP)yang mana disediakan tempat berhawa dingin berbanding dengan jemaah yang biasa.

Thursday, September 20, 2012

Semua milik Allah

  • Assalamualaikum,kepada semua pembaca,Alhamdulillah,bersyukur kehadrat Ilahi sekali lagi,kita dapat bersua untuk sama2 mengingat kembali,dan bermuasabah diri supaya kita sentiasa sedar akan wujudnya satu kuasa yang besar yang mengawal setiap sesuatu di muka bumi ini iaitu Allah S.w.t

  • Dalam menjalani kehidupan seharian,baik bekerja,beriadah,beribadat dan lain-lain aktiviti,kita sering lupa tentang segala yang berlaku semuanya berdasarkan perancangan Allah swt.Begitu jugak rezeki dan keuntungan yang diperolehi daripada perniagaan atau pekerjaan juga adalah milik mutlak Allah.Kita sebagai hamba tanpa kita sedari menggunakan segala yang ada di dunia ini dengan percuma,Allah menyediakan segala sumber untuk kelangsungan hidup manusia.Kita termasuk diri saya sendiri perlu bersyukur dengan nikmat yang diberikanNya.Kita perlu sentiasa menyedari semua yang ada di dunia ini merupakan hak mutlak Allah s.w.t

  •  

Monday, September 17, 2012

Rahmat Allah

Assalamualaikum kepada semua pembaca,Alhamdulillah kita masih lagi diberi kesempatan untuk bernafas dimuka bumi ini.Semoga hari ini penuh keberkatan dan dilimpahkan rezeki kepada kita.InsyaAllah.Penulis seperti biasa ingin berkongsi sedikit ilmu yang penulis perolehi juga dari kuliah agama Ustaz Luqman Bin Adnan yang mana membincangkan tajuk Rahmat Allah.

Maksud sabda Nabi S.A.W.:
"Seseorang itu tidak akan dimasukkan ke syurga dengan sebab amalannya".
Sahabat bertanya : "Walaupun kamu ya Rasulullah?"

jawab Rasulullah S.A.W.:
'Walaupun saya. melainkan dengan limpahan rahmat Allah S.W.T kepadaku." 
(Hadis Riwayat a-Bukhari)

Sabda Nabi S.A.W
"Tidaklah amalannya yang memasukkan salah seorang daripada kamu ke dalam syurga dan tidak pula ia menjauhinya daripada neraka ; demikian juga dengan aku, kecuali Rahmat daripada Allah".
(Hadis Sahih Riwayat Muslim)

Hidayah dan Rahmat adalah dua bentuk anugerah Allah S.W.T kepada manusia.
Kedua-duanya ialah hak milik mutlak Allah S.W.T

Rahmat menurut bahasa ialah belas kasihan dan kasih sayang.

Manakala dari segi istilah ialah "Kasih sayang yang dikurniakan oleh Allah S.W.T kepada hambaNya sama ada berbentuk fizikal atau rohani, duniawi atau ukhrawi

Contoh Rahmat Allah S.W.T
  1. Makanan dan minuman yang halal'
  2. Kesihatan tubuh badan
  3. Keluarga yang berkasih sayang
  4. Minda yang cerdas dan inovatif
  5. JIwa yang suci
  6. Ilmu dan kebijaksanaan
Hanya orang yang mendapat Hidayah dan Rahmat daripada Allah yang akan bahagia di dunia dan sejahtera di akhirat

Rahmat Allah mengatasi kemurkaan Allah, betapa luasnya Rahmat Allah ini terhadap sekalian makhluk sehingga binatang mengasihi anaknya disebabkan Rahmat Allah.Manusia yang jauh dari Rahmat Allah hidupnya akan selalu ditimpa kesusahan demi kesusahan dan hati tidak akan senang dan tenteram.

Jelas la bahawa rahmat Allah adalah sngt penting untuk menempatkan diri ke syurga,bukan bermakna kita tidak perlukan amalan.Maksudnya disini,melalui amalan tersebut lah kita cuba untuk mendapatkan rahmat dari Allah.Sama ada bnyak atau sedikit amalan, yang penting ianya di usaha dengan ikhlas dan untuk mendapat rahmat dari Allah.S.W.T


Sunday, September 16, 2012

Fitnah Akhir Zaman

Assalamulaikum diucapkan kepada pembaca sekalian.InsyaAllah pada masa yang terluang ini,penulis ingin berkongsi artikel yang menerangkan serba sedikit tentang fitnah Akhir zaman.Bahan ini penulis perolehi dari kuliah mingguan oleh Ustaz Luqman Bin Adnan,InsyaAllah disampaikan kepada pembaca2 sebagai pengetahuan dan juga peringatan terhadap kita semua.Bismillahirrahmaanirrahim...

  • Nabi Muhammad SAW melalui beberapa hadisnya telah menyebut mengenai sikap dan tindakan orang islam khususnya pada akhir zaman yang boleh dikira sebgai fitnah yang bila-bila masa boleh meledak dan menerjah kearah islam.

  • Fitnah tersebut berlaku akibat kealpaan umat islam sendiri yang sambil lewa dalam memperkasa diri dengan ilmu-ilmu agama,menyanggah tuntutan agama islam, melakukan apa yang dilarang dan meninggalkan apa yang diperintah oleh Allah.

  • Antara perkara yang dilakukan oleh orang islam seperti yang ditegaskan oleh Rasulullah SAW dalam beberapa hadis baginda:-
  1.  Menjauhkan diri daripada duduk bersama golongan ulama.
  2. Siang sebagai seorang muslim,tapi di sebelah petang menjadi kafir.
  3. Lahir golongan yang melampaui batas agama,yang mencipta agama baru dan mentakwilkan islam dalam keadaan mereka jahil tentangnya.
  4. Lahir golongan lelaki dayus sama ada suami atau ayah.
  5. Alat-alat muzik jadi bahan mencari pendapatan untuk hidup.
  6. Muncul ramai golongan artis-artis wanita dalam pelbagai bidang seni.
  7. Muncul banyak masjid yang indah-indah tapi kosong daripada pengajian agama dan solat berjamaah.
  8. Suka berkawan dengan orang yang tidak jelas islamnya.
  9. Golongan ulama yang tidak lagi dihormati oleh umat islam.
  10. Penentangan terhadap agama sudah menjadi perkara biasa yang diterima umum.
  11. Penampilan golongan lelaki seperti wanita dan wanita pula seperti lelaki.
  12. Golongan ahli agama yang menjual agama kerana kepentingan dunia.
  13. Orang jahil agama bercakap tentang agama yang mereka sendiri tidak tahu.
  14. Lahir anak-anak durhaka terhadap ibubapa mereka
  15. Muncul golongan Muslim yang minum arak,berjudi secara terbuka dan berleluasa.
  16. Muncul pemimpin Negara yang tidak melaksanakan perintah Allah,
  17. Wanita berlaku curang.
  18. Golongan remaja yang melakukan perkara fasik.
  19. Umat islam meninggalkan jihad,
  20. Berlaku sikap umat islam yang tidak menyuruh kepada yang maaruf,dan tidak mencegah dari mungkar.
  21. Perkara-perkara maaruf sudah dianggap sebagai mungkar,dan sebaliknya perkara-perkara mungkar sudah dapat diterima seperti perkara maaruf.
  22. Berlaku sikap Umat Islam yang menyuburkan perkara mungkar malah menyekat perkara maaruf
  23. Al Quran hanya menjadi bahan untuk dipertandingkan bukan lagi untuk diamal dan dilaksanakan isi-isi kandungannya.
  24. Umat Islam tidak berkira lagi memperoleh sumber pendapatan yang halal.
  25. Lahir golongan Muslim yang snggup membunuh diri,
  26. Lahir golongan ahli agama yang tidak lagi berfungsi sebagai penasihat pemerintah,tapi mengikut  segala tunjuk ajar pemerintah walaupun bercanggah  dengan islam.
  27. Amanah sudah tidak lagi dianggap tanggungjawab yang mesti dilaksanakan.
  28. Melanggar taat setia,ikrar dan sumpahan terhadap Allah untuk menjadi muslim yang baik.
  29. Lahir golongan agama yang berpakaian seperti ahli ibadat,tetapi memiliki hati yang keras.
  30. Golongan ulama sudah mula dicemuh ditudauh,dipenjara oleh golongan muslim yang anti islam
  31. Dan banyak lagi yang tidak dapat disenaraikan satu persatu dalam raungan terbatas ini.

Semoga sedikit sebanyak memberi peringatan kepada kita,tentang keadaan kita sekarang.Sekian.

Dugaan Hidup

  •  Assalamualaikum ,penulis terasa ingin menulis tentang perkara lazim yg dilalui oleh kita dalam menjalani kehidupan ini.Semua manusia melalui dugaan hidup.Ada yang ditimpa dugaan yang kecil dan ada juga yang melalui dugaan yang besar.Penulis ingin memohon maaf jika penulisan tidak betul2 memberi kesan,tetapi InsyaAllah penulis akan berusaha untuk mencoretkan sedikit coretan buat kita ingt mengingati atau sebagai muhasabah kita atau sebagai kekuatan untuk kita menghadapi dugaan dalam hidup ini.

  • Dugaan merupakan satu bentuk ujian yang diberikan kepada hamba Allah untuk menguji hambaNya.Dugaan juga sebagai penghapus dosa,atau kifarah penebusan atas dosa2 dan kesalahan yang dilakukan sebelumnya.Biasanya kita akan di uji dgn dugaan yang kita sendiri tidak jangka akan berlaku.Semakin tinggi atau kuatnya  dugaan,semakin bertambah la iman kita,dan  meningkatlah darjat kita disisi Allah, jika kita dapat menerima dan bertawakal diatas ujian tersebut.

  • Dugaan juga merupakan teladan yang dapat menguatkan lagi diri kita dalam menempuh onak dan duri kehidupan ini.Dugaan juga mengajar kita erti kesabaran.Di saat tersebut la merasakan diri kita betul2 terhimpit,dan kita mencari-cari jalan untuk keluar dari keadaan tersebut,Di saat itu juga emosi kita di uji dan selalunya kita cenderung untuk berfikiran negatif, pada masa itu juga syaitan cuba untuk mempengaruhi kita supaya kita bertindak diluar kewarasan kita.,.Di saat itulah juga,biasanya kita memerlukan sokongan untuk kita menguatkan diri kita menghadapi dugaan tersebut.Pengharapan kepada Allah lah yang pling berkesan dalam menghadapi masalah ini.Sebagai umat islam, kita telah didik dengan keenam-enam rukun iman tersebut.Pegangan terhadap rukun iman ini dapat menguatkan kita mengatasi segala masalah di dunia ini.

  • Kenapa aku diuji?Kenapa aku yang kena??itu lah persoalan yang sentiasa bermain di fikiran kita jika berlaku dugaan. Allah menguji hamba yang disayanginya,untuk menguji tahap keimanan, supaya kita sentiasa ingat kepadaNya dan Allah ialah tempat mengadu paling utama bagi kita.Semua yang berlaku mempunyai hikmah,Dalam menghadapi cubaan seperti ini, kesabaran adalah paling utama. Sesungguhnya orang yang bersabar akan diberikan pahala mereka tanpa hisab (az-Zumar: 10).Kita perlu bertawakal keatas ketentuan tersebut dan mengakui kebesaran dan nikmat yang diberikan kepada kita.Kita perlu bermuhasabah dan bersyukur atas apa yang kita ada sekarang,Kita diberi kesihatan,masih lagi boley bergerak tanpa batas,melakukan aktiviti seharian,dan menikmati rezeki pemberianNya.Alhamdulillah,Tetapi tidak semua yang bernasib baik,ada yang terlantar di hospital,memerlukan bantuan alat pernafasan,lumpuh seluruh badan,ada yang tidak diberi nikmat melihat sejak dari kecil,cuba kita berfikir sejenak bertapa besarnya nikmat yang kita ada sekarang.

  • Kembali la kita kepadaNya apabila kita ditimpa dugaan atau musibah.Berdoala supaya diberi jalan keluar,dan bertawakal diatas kententuanNya.Berzikir juga sedikit sebanyak dapat memberi ketenangan kepada kita,Ini kerana zikir yang diulang dapat menetapkan atau menfokuskan hati kita hanya kepada Allah,supaya fikiran kita tidak memikirkan perkara2 negatif yg boley mempengaruhi diri kita.

  • Sekian yang dapat saya coretkan untuk pengisian kali ini,semua yang baik dari Allah,dan memohon maaf  atas kekurangan di sebabkan kelemahan diri sy sendiri,Assalamualaikum.