Thursday, September 27, 2012

Bulan Haji

Assalamualaikum semua,Alhamdulillah.pada pagi yang indah ini,penulis dapat meluangkan sedikit masa untuk cuba memenuhi waktu yang ada,InsyaAllah untuk terus menerus cuba menyahut seruan amal makruf nahi mungkar.

  • Cuba kita melihat jenis ibadat yang kita lakukan seperti solat yang dilakukan tiap2 waktu,dan tiap2 hari,Puasa yang dilakukan selama 30 hari setiap tahun serta Haji yang dilakukan sebagai rutin seumur hidup(bagi yang berkemampuan).Ibadat yang dilakukan berlainan jenis.tetapi semua yang dilakukan,adalah untuk manfaat diri kita sendiri .Hasilnya kita dapat rasakan setelah ibadat dilakukan samada solat yang mana kita merasai ketenangan hati selepas selesai solat atau sebaliknya,begitu juga dengan puasa Ramadhan yang akan menunjukkan hasilnya selepas bulan Ramadhan samada kita betul2 berubah atau sebaliknya,serta Haji yang menunjukkan hasilnya selepas kita pulang ke tanah air,samada Haji itu Mabrur atau sebaliknya.

  • Pada hari ini,InsyaAllah Penulis akan menulis serba sedikit perkara yang menyentuh mengenai ibadat haji,Bulan haji pada tahun ini bermula pada 17 september bersamaan dengan 1 zulkaedah.Bagi sesiapa yang mampu diingatkan jangan menangguh2kan nyer.Dan bgi yang tidak mampu berniat la akan menunaikannya jika ada kemampuan satu hari nanti.Teringat penulis tentang kuliah yang disampaikan oleh ustaz lukman yang membicarakan tentang jika kita diberi dua pilihan berkahwin atau menunaikan haji.jika kita cuma dapat memilih satu samada untuk berkahwin,atau untuk menunaikan haji,iaitu kemampuan kewangan kita hanya dapat memenuhi satu pilihan saja maka kita perlu menilai mengikut keadaan.bak kata ustaz tu 'klau dah x tahan kwen la dulu'.maksudnya.jika kita sudah tidak dapat mengawal kehendak batin tersebut,buat la pilihan untuk berkahwin dahulu.Bagi sesiapa yang mampu mengawalnya diharuskan untuk menunaikan haji terlebih dahulu.
          Untuk mengerjakan haji perlulah istito'ah iaitu mampu dari segi:

         Jasmani
         -Sihat dan kuat tubuh badan agar tidak mengalami kesulitan
           melakukan ibadat haji/umrah.

         Rohani
         -Mengetahui dan memahami rukun dan perkara berkaitan haji/umrah.
         -Waras dan memiliki persiapan mantel untuk melakukan ibadar haji/umrah.

         Ekonomi
        -Mampu membayar Biaya Penyelenggaraan Ibadat Haji.
        -Memiliki biaya hidup untuk keluarga yang ditinggalkan.

         Keamanan
        -Aman dalam perjalanan dan perlaksanaan ibadah haji/umrah.
        -Aman bagi keluarga,harta benda yang ditinggalkan.



  • Untuk pergi ke Makkah umpama kita bermusafir ke akhirat yang mana pergi ke Makkah umpama kita pergi untuk bertemu sakaratul maut.Perlulah kita bermaafan dengan sesiapa sahaja,melangsaikan segala hutang,dan melunaskan segala2nya supaya hati kita bersih untuk kita menunaikan ibadat haji.

  • Perlu memakai 2 helai kain berwarna putih untuk ihram.
  • Semakin susah ibadat yang kita lakukan semakin bnyak pahala.Ini disentuh oleh ustaz apabila terdapat jemaah yang sngt selesa untuk melakukan wukuf padang arafah(VIP)yang mana disediakan tempat berhawa dingin berbanding dengan jemaah yang biasa.



  • Daripada Imam Al Ghazali
       -Haji hanya diterima oleh Allah dengan duit yang halal
       -disunatkan juga bertalbiah"Labaikallah hummalabaikh........
       -memperbanyakkan sedekah.
       -memperbanyakkan tawaf.

  •  Tiap2 hari  di Kaabah 120 ribu rahmat diturunkan oleh Allah s.w.t.60 ribu bagi orang yang tawaf 40 ribu bagi yang solat dihadapan Kaabah dan 20 ribu bagi orang yang tengok kaabah.Subhanalallah besarnya nikmat Allah.

  • Sedikit selingan pada kuliah tersebut ustaz membicarakan 4 perkara yang boleh diampunkan dosa apabila kita hanya melihat sesuatu:
       -Tengok Kaabah.
       -Tengok Al Quran.
       -Tengok Mak Ayah.
       -Tengok Tok Guru yang ajar kita ilmu agama atau ilmu untuk kebaikan.

  • Sampai disana juga kita digalakkan memperbanyakkan meminum air zam-zam.diceritakan air tersebut mengandungi rahmat dengan syarat kita berniat sebelum meminum air tersebut,Imam hanafi meminum air ini secara berdiri supaya mendapat lebih rahmat.

  • Sebelum pulang ketanah air,jnganlah kita lupa untuk menziarahi Madinah,Di madinah terdapat masjid Nabawi yang menempatkan 3 makam iaitu Makam Rasulullah,Saidina Abu bakar dan Saidina Umar.Ada di ceritakan jika kita tidak melawat makam Nabi jika kita ke Makkah orang itu adalah kasar terhadap Nabi.

  •  Sekian saja yang dapat sy kongsikan untuk pembaca sekalian.Diharap dapat memberi sedikit informasi dan gambaran tentang ibadat haji ini.wsalam.

No comments:

Post a Comment