Monday, September 17, 2012

Rahmat Allah

Assalamualaikum kepada semua pembaca,Alhamdulillah kita masih lagi diberi kesempatan untuk bernafas dimuka bumi ini.Semoga hari ini penuh keberkatan dan dilimpahkan rezeki kepada kita.InsyaAllah.Penulis seperti biasa ingin berkongsi sedikit ilmu yang penulis perolehi juga dari kuliah agama Ustaz Luqman Bin Adnan yang mana membincangkan tajuk Rahmat Allah.

Maksud sabda Nabi S.A.W.:
"Seseorang itu tidak akan dimasukkan ke syurga dengan sebab amalannya".
Sahabat bertanya : "Walaupun kamu ya Rasulullah?"

jawab Rasulullah S.A.W.:
'Walaupun saya. melainkan dengan limpahan rahmat Allah S.W.T kepadaku." 
(Hadis Riwayat a-Bukhari)

Sabda Nabi S.A.W
"Tidaklah amalannya yang memasukkan salah seorang daripada kamu ke dalam syurga dan tidak pula ia menjauhinya daripada neraka ; demikian juga dengan aku, kecuali Rahmat daripada Allah".
(Hadis Sahih Riwayat Muslim)

Hidayah dan Rahmat adalah dua bentuk anugerah Allah S.W.T kepada manusia.
Kedua-duanya ialah hak milik mutlak Allah S.W.T

Rahmat menurut bahasa ialah belas kasihan dan kasih sayang.

Manakala dari segi istilah ialah "Kasih sayang yang dikurniakan oleh Allah S.W.T kepada hambaNya sama ada berbentuk fizikal atau rohani, duniawi atau ukhrawi

Contoh Rahmat Allah S.W.T
  1. Makanan dan minuman yang halal'
  2. Kesihatan tubuh badan
  3. Keluarga yang berkasih sayang
  4. Minda yang cerdas dan inovatif
  5. JIwa yang suci
  6. Ilmu dan kebijaksanaan
Hanya orang yang mendapat Hidayah dan Rahmat daripada Allah yang akan bahagia di dunia dan sejahtera di akhirat

Rahmat Allah mengatasi kemurkaan Allah, betapa luasnya Rahmat Allah ini terhadap sekalian makhluk sehingga binatang mengasihi anaknya disebabkan Rahmat Allah.Manusia yang jauh dari Rahmat Allah hidupnya akan selalu ditimpa kesusahan demi kesusahan dan hati tidak akan senang dan tenteram.

Jelas la bahawa rahmat Allah adalah sngt penting untuk menempatkan diri ke syurga,bukan bermakna kita tidak perlukan amalan.Maksudnya disini,melalui amalan tersebut lah kita cuba untuk mendapatkan rahmat dari Allah.Sama ada bnyak atau sedikit amalan, yang penting ianya di usaha dengan ikhlas dan untuk mendapat rahmat dari Allah.S.W.T


2 comments: