Thursday, July 14, 2011

Solat Jemaah.

  • Assalamualaikum kepada semua pembaca yang di rahmati Allah sekalian, penulis berfikir sejenak tentang entri yang ingin ditulis pada hari ini,penulis rase satu entri yang menjadi bahan untuk perkongsian dan ingat mengingati kepada terutamanya kaum lelaki ialah tentang kelebihan solat jemaah.Penulis bukanlah seorang ustaz atau ahli ilmuan,tetapi apa yang sedikit ini Insyallah akan memberi manfaat supaya ingat kembali, dan dijadikan muhasabah diri.


  • Solat jemaah merupakan solat yang dilakukan secara beramai-ramai dan di ketuai oleh seorang imam.Sudah tentu makmum perlu mengikut imam selaras dengan niat solat berjemaah contohnya sahaja aku solat fardu subuh/zohor/asar/magrib/isyak 2/3/4 rakaat mengikut imam kerana Allah Taala.

  • Kita sering kali di galakkan untuk solat berjemaah di Masjid samada melalui ceramah-ceramah.buku yang kita baca,motivasi pagi yang kita tonton dari televisyen,forum dan sebagainya.Bagi diri penulis sendiri mengakui kelemahan diri bahawa dahulunya penulis juga tidak betul2 kuat untuk pergi ke masjid untuk menunaikan solat secara berjemaah.Mengapa begitu,sudah tentu ader sebab yang menghalang langkah kiter untuk ke masjid.

  • Penulis pernah terbaca artikel tentang seseorang yang pergi ke masjid merupakan orang yang terpilih oleh Allah untuk mengerjakan ibadah.Ini bermakna orang tersebut dalam pemerhatian Allah.Penulis cuba mengkaji dan meneliti perbezaan solat berseorangan dan solat berjemaah.Dahulunya penulis mengangap ini satu perkara yang biasa,disebabkan kelemahan diri penulis sendiri.Merasakan solat berseorangan sudah cukup,asalkan solat,ader orang tu lgilah x solat langsung.Sebenarnya ini adalah mentaliti yang salah.Penulis tidak suka untuk memberi contoh yang jauh,kerana apa yang penulis lalui sendiri cukup untuk penulis luahkan bagi berkongsi pengalaman

  • Untuk mengetahui perbezaan solat berjemaah dengan solat berseorangan hendaklah kita sendiri cuba untuk melaksanakan tuntutan solat berjemaah.Jika kita hanya membayangkan dan meneliti melalui pembacaan,kita sekadar tahu dan tidak dapat merasainya.

  • Alhamdulillah, setakat ini,penulis cuba untuk penuhkan waktu solat secara berjemaah.Sunnah nabi bukan hanya sunnah tetapi sebenarnya mempunyai hikmah yang tersendiri,salah satunya mendapat ketenangan hati yang dirasai sendiri oleh orang yang mengamalkannya.Selain itu, pahala solat berjemaah dilipat gandakan 27 kali dari solat berseorangan.Dalam kekusutan dan tekanan yang dilalui sehari- harian elok lah kiter luangkan masa menunaikan solat secara berjemaah kerana ia merupakan penawar bagi hati yang gelisah.Banyak lagi hikmah-hikmah solat berjemaah,kadang-kadang kita sudah sedia maklum dengan kelebihan solat berjemaah ini melalui pembacaan or mana2 informasi.Tapi untuk kiter amalkan dan rasai sendiri perlulah kita laksanakan dengan kerelaan hati.Marilah kita sama2 penuhkan saf2 masjid,bukan untuk siapa,untuk Allah dan kesannya untuk diri kita sendiri.


  • Dalam pemerhatian penulis semasa di masjid,ramai jemaah yang berumur dalam lingkungan 50 an dan keatas.Kdng2  terlihat kelibat orang tua yang terhencut2 tetapi tetap bersemangat mengerjakan solat berjemaah.Penulis mula menilai diri penulis sendiri.Alhamdulillah,semoga penulis sentiasa diberi peluang untuk solat berjemaah.Marilah kita pemuda2 yang sihat lagi tampan memakmurkan masjid dengan menunaikan solat secara berjemaah.. :)

Sekian.Assalamualaikum




Thursday, July 7, 2011

Muhasabah diri

  • Muhasabah diri menjadi penawar hati supaya kita menyedari kembali siapa diri kita yang sebenar. Sejauh manakah kite telah tersasar..atau adakah kita sudah bahagia dengan keadaan kita sekarang..Sebagai manusia kita tak lari dalam membuat dosa dan kesilapan. 

  • Bertaubat dan bertaubat dan bertaubat..x kisah la berapa bnyak kali kiter sebut untuk bertaubat,bagi penulis walaupun hanya sebutan, itu secara x langsung memberi perasaan  yang positif untuk diri bagi diri penulis.Penulis sering membayangkan apa yang penulis capai dan aper pekerjaan yang penulis dah buat..aper sumbangan yang penulis dah lakukan dan takat mana keadaan diri penulis sekarang.


  • Menjadi seorang manusia sebenarnya bukan lah mudah, dalam proses untuk menjadi dewasa pelbagai cabaran dan dugaan perlu dirintangi,baik dari segi pelajaran,pekerjaaan,hubungan dengan manusia dan sebagainya. Jika tersilap langkah.walaupun sedikit ia akan menjadi parut sejarah dalam kehidupan.Muhasabah diri sngat penting dalam menyedarkan kita tujuan hidup kiter,matlamat kiter,landasan kiter,dan paling penting hubungan kite dengan Pencipta.

  • Samer-samer kite bermuhasabah diri,merenung kembali perjalanan hidup kiter..Adakah susur yang kiter lalui kiter manfaatkan dengan cara yang sepatutnya atau sebaliknya.Penulis juga mengingatkan diri sendiri.Tujuan blog ini ader lah untuk kiter sama2 sharing.Ingat mengingati sesama kiter.

  • Jika jalan yang dilalui dirasai titik-titk hitam yang menyelaputi hati..Samer2 kiter istifar supaya titik-titk itu pudar dan seterusnyer lama kelamaan hilang...Masing2 mempunyai sejarah tersendiri dalam kehidupan.Yang pasti pintu Taubat sentiasa terbuka bagi kita.,,Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani....

  • Harap dapatlah kiter samer2 luangkan sedikit masa setiap hari or malam, untuk kiter sama2 bermuhasabah..

Sekian,Assalamualaikum