Thursday, November 1, 2012

Kewafatan Rasulullah S.A.W

Assalamualaikum kepada semua pembaca,semoga semua berada dalam keadaan shat hendaknya.InsyaAllah, pada kali ini penulis ingin berkongsi tentang peristiwa kewafatan Rasulullah S.A.W iaitu seorang Rasul yang sngt mulia sehingga dihormati oleh semua makhluk termasuk malaikat yang turut berselawat kepadanya. Bahan yang diperolehi ini, penulis peroleh juga melalui Kuliah Maghrib oleh Ustaz Luqman Bin Adnan.


Peristiwa Sebelum Kewafatan Rasulullah S.A.W

Pada akhir bulan Safar, sekembalinya Rasulullah S.A.W daripada menziarahi Tanah Perkuburan Baqi',Baginda mula berasa sakit kepala,Pada ketika itu, baginda berada dirumah Saidatina Aisyah R.A. Pada suatu hari, suhu badan baginda semakin meningkat. Lalu baginda meminta supaya badannya dibasahi dengan air. Setelah kesakitannya agak reda, baginda keluar berkhutbah kepada para sahabat. Dalam khutbah, baginda meminta Abu Bakar mengendalikan urusan negara dan mengimani solat jamaah. Disamping itu, baginda juga berwasiat kepada orang Islam supaya berbuat baik kepada orang Muhajirin dan Ansar,meyakini semua perkara adalah ketentuan Allah,menjaga perbuatan dan perkataan.

Kewafatan Rasulullah S.A.W

Pada pagi hari isnin,12 Rabiul Awal tahun 11 hijrah, keadaan Rasulullah S.A.W semakin lemah. Lalu baginda memanggil Fatimah supaya mendekatinya.Baginda juga memanggil isteri baginda dan berwasiat kepada mereka. Lalu keadaan baginda bertambah tenat, baginda berwasiat dengan sabdanya :
 
  "ا لصلاة ا صلاة وما ملكت ا يمانكم "


yang menyeru umat islam agar mengambil berat tentang solat dan orang yang di pimpin. Selepas itu baginda mengucapkan :

 "اللهم الر فيق الا علي "
 
sebanyak tiga kali sambil melihat kearah lelangit rumah. Tidak lama kemudian, baginda menghembuskan nafas yang terakhir di pangkuan Saidatina Aisyah. Ketika itu baginda berusia 63 tahun. Baginda dimaqamkan di Masjid An-Nabawi Madinah Al-Munawwarah.


Reaksi Para Sahabat Terhadap Kewafatan Rasulullah S.A.W

Setelah berita kewafatan Rasulullah S.A.W tersebar, ada dikalangan para sahabat yang tidak dapat menerima kenyataan termasuklah Saidina Umara Al-Khatab. Suasana menjadi tegang apabila Umar mengancam untuk menghukum orang yang mengatakan Rasulullah ( SAW) sudah wafat.


Abu Bakar yang baru kembali dari luar kota Madinah dengan tenang mendapatkan jenazah baginda dan mengesahkan kewafatan baginda lalu menciumnya.Lantas Abu Bakar berkhutbah : " Wahai manusia, barangsiapa menyembah Allah, sesungguhnya Allah Maha Hidup dan tidak mati..." Lalu, beliau membaca surah Ali-Imran ayat 144 yang bermaksud: " Dan Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul yang sudah didahului oleh beberapa orang Rasul (yang telah mati atau terbunuh) Jika demikian kalau ia pula mati atau terbunuh, patutkah kamu berpaling menjadi kafir?. Dan Ingatlah sesiapa yang berbalik (menjadi kafir), maka ia tidak akan mendatangkan kemudaratan kepada Allah sedikit pun. Allah akan memberi pahala kepada orang yang bersyukur..."



1 comment: