Monday, November 12, 2012

Jenis Ujian Yang Allah Berikan

Assalamualaikum kepada semua pembaca.bersyukur kehadrat Ilahi,pada hari ini penulis dapat lagi berkongsi ilmu yang seperti biasa penulis perolehi dari kuliah agama Ustaz Luqman Adnan.Kuliah yang di sampaikan oleh ustaz ialah mengenai Jenis ujian yang Allah berikan kepada hambanya.Allah menciptakan manusia untuk diuji siapakah yang baik amalnya.Ganjaran yang besar kepada hamba yang melalui dugaannya dengan tabah dengan semata-mata berserah diri kepada Allah.Bahkan nabi-nabi terdahulu juga diuji dengan ujian yang sngat hebat.

Ujian itu merupakan  perkara biasa dala kehidupan kita. Kita tidak dapat lari dari pelbagai ujian dalam hidup. Cumanya adakah kita menyedari kenapa kita diuji. Jawapannya sebagaimana firman Allah s.w.t dalam surah Al Ankabut ayat 2.

 "Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata : Kami beriman sedangkan mereka tidak diuji dengan suatu cubaan.

Kita sebagai orang beriman pastinya diuji, dan 4 jenis ujian yang kita pasti tempuhi:

1. Ujian Amal Ibadah
  • Manusia yang beriman perlu beramal ibadah sebagaimana tuntutan Al-Quran dan Sunnah.
  • Manusia diuji dengan melakukan ibadat seperti puasa, zakat, haji, korban dan lain-lain.
  • Solat juga satu ujian,berapa ramai yang gagal dalam ujian ini. Solat hanya bila keadaan senang dan bila sibuk langsung tidak bersolat
  • Contoh paling ekstrem adalah perintah Allah kepada Nabi Ibrahim untuk menyembelih anaknya yang sangat disayangi

2. Ujian Kemaksiatan
  •  Ujian berbentuk kemaksiatan atau larangan adalah perkara yang perlu di hadapi oleh kita.
  • Contohnya yang terjadi pada Nabi Yusuf yang diuji dengan seorang perempuan cantik isteri pembesar Mesir yang menggodanya untuk melakukan maksiat, tetapi dengan keteguhan imannya Nabi Yusuf menolak perbuatan tersebut.
  • Pada akhir zaman begitu banyak kemaksiatan berlaku, zina dan rogol kedengaran setiap hari. Aurat yang perlu dijaga sebagaimana tuntutan agama gagal dipenuhi. Sekali lagi begitu ramai gagal dalam ujian ini.
3. Ujian Kesenangan
  •  Kadang-kadang kita diberi kemewahan. Bergaji besar, mampu membeli rumah yang selesa, kereta besar. Wang bukan lagi masalah dalam kehidupan. Semua benda boleh dibeli. Tapi kita lupa bahawa harta kekayaan itu juga ujian. Berapa ramai yang mula sombong, lupa keluarkan zakat. Selalunya ramai yang tewas dengan ujian ini. 
4. Ujian Musibah
  • Ujian yang berbentuk musibah.Contohnya Nabi Ayub diuji Allah dengan penyakit yang amat hebat tetapi baginda tetap menjaga hatinya daripada dicemari tipudaya syaitan.
  • Ada antara kita yang dhaif, kehidupan kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, Sentiasa dalam kesimpitan.Adakah kita mampu bersabar atau mula memikirkan tambah pendapatan tanpa mempedulikan halal haram. Rasuah begitu berleluasa. Adakah jalan haram juga diambil bagi menjadi kaya. Sekali lagi kita diuji oleh Allah.

Semua keempat-empat ujian diatas pasti ada bagi setiap yang beriman.kerana Allah hendak menguji kesabaran kita, Maka beruntunglah bagi mereka yang berjaya menghadapi ujian tersebut dengan jayanya.
Sekian yang dapat sy kongsikan.Wassalam..

Thursday, November 1, 2012

Kewafatan Rasulullah S.A.W

Assalamualaikum kepada semua pembaca,semoga semua berada dalam keadaan shat hendaknya.InsyaAllah, pada kali ini penulis ingin berkongsi tentang peristiwa kewafatan Rasulullah S.A.W iaitu seorang Rasul yang sngt mulia sehingga dihormati oleh semua makhluk termasuk malaikat yang turut berselawat kepadanya. Bahan yang diperolehi ini, penulis peroleh juga melalui Kuliah Maghrib oleh Ustaz Luqman Bin Adnan.


Peristiwa Sebelum Kewafatan Rasulullah S.A.W

Pada akhir bulan Safar, sekembalinya Rasulullah S.A.W daripada menziarahi Tanah Perkuburan Baqi',Baginda mula berasa sakit kepala,Pada ketika itu, baginda berada dirumah Saidatina Aisyah R.A. Pada suatu hari, suhu badan baginda semakin meningkat. Lalu baginda meminta supaya badannya dibasahi dengan air. Setelah kesakitannya agak reda, baginda keluar berkhutbah kepada para sahabat. Dalam khutbah, baginda meminta Abu Bakar mengendalikan urusan negara dan mengimani solat jamaah. Disamping itu, baginda juga berwasiat kepada orang Islam supaya berbuat baik kepada orang Muhajirin dan Ansar,meyakini semua perkara adalah ketentuan Allah,menjaga perbuatan dan perkataan.

Kewafatan Rasulullah S.A.W

Pada pagi hari isnin,12 Rabiul Awal tahun 11 hijrah, keadaan Rasulullah S.A.W semakin lemah. Lalu baginda memanggil Fatimah supaya mendekatinya.Baginda juga memanggil isteri baginda dan berwasiat kepada mereka. Lalu keadaan baginda bertambah tenat, baginda berwasiat dengan sabdanya :
 
  "ا لصلاة ا صلاة وما ملكت ا يمانكم "


yang menyeru umat islam agar mengambil berat tentang solat dan orang yang di pimpin. Selepas itu baginda mengucapkan :

 "اللهم الر فيق الا علي "
 
sebanyak tiga kali sambil melihat kearah lelangit rumah. Tidak lama kemudian, baginda menghembuskan nafas yang terakhir di pangkuan Saidatina Aisyah. Ketika itu baginda berusia 63 tahun. Baginda dimaqamkan di Masjid An-Nabawi Madinah Al-Munawwarah.


Reaksi Para Sahabat Terhadap Kewafatan Rasulullah S.A.W

Setelah berita kewafatan Rasulullah S.A.W tersebar, ada dikalangan para sahabat yang tidak dapat menerima kenyataan termasuklah Saidina Umara Al-Khatab. Suasana menjadi tegang apabila Umar mengancam untuk menghukum orang yang mengatakan Rasulullah ( SAW) sudah wafat.


Abu Bakar yang baru kembali dari luar kota Madinah dengan tenang mendapatkan jenazah baginda dan mengesahkan kewafatan baginda lalu menciumnya.Lantas Abu Bakar berkhutbah : " Wahai manusia, barangsiapa menyembah Allah, sesungguhnya Allah Maha Hidup dan tidak mati..." Lalu, beliau membaca surah Ali-Imran ayat 144 yang bermaksud: " Dan Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul yang sudah didahului oleh beberapa orang Rasul (yang telah mati atau terbunuh) Jika demikian kalau ia pula mati atau terbunuh, patutkah kamu berpaling menjadi kafir?. Dan Ingatlah sesiapa yang berbalik (menjadi kafir), maka ia tidak akan mendatangkan kemudaratan kepada Allah sedikit pun. Allah akan memberi pahala kepada orang yang bersyukur..."



Friday, October 19, 2012

Kewajipan Haji Di Baitullah

Assalamualaikum kepada semua pembaca,Alhamdulillah,bersyukur kehadrat Ilahii,sekali lagi penulis diberi peluang untuk menulis dan berkongsi ilmu dengan apa yang penulis perolehi melalui kuliah maghrib yang disampaikan oleh Ustaz Luqman Bin Adnan.

Seperti yang kita sedia maklum,sekarang,kita berada di dalam bulan haji,dan pada hari ini 4 Zulhijjah 1433 Hijriah  yang mana merupakan tanggal sejarah hari kelahiran Nabi Isa A.S.Bermula 1  hingga la hari ke 9 Zulhijjah di galakkan kita untuk berpuasa sunat. Hari-hari ini adalah hari yang begitu afdal berpuasa.Hari-hari ini  juga mencatat peristiwa sejarah penting,khususnya peristiwa nabi terdahulu yang diuji dengan  pelbagai cabaran.

Pada kali,penulis sekali lagi ingin berkongsi sedikit nota,atau bahan yang berkaitan dengan kewajipan haji di baitullah.

1.Fardhu Haji
  • Salah satu Rukun Islam.
  • Diwajibkan keatas setiap orang islam yang berkemampuan sekali seumur hidup.
  • Bersegeralah menunaikan Haji.
  • Jangan tangguh,elakkan dari melambat-lambatkan
  • Jangan sengaja menimbulkan keuzuran

2.Kemampuan menunaikan Haji
  • Memiliki bekalan dan keperluan yang mencukupi untuk menunaikan haji,(pergi/balik)
  • Memberi nafkah untuk anak dan isteri sepanjang menunaikan Haji.
  • Haram bermusafir tanapa meninggalkan nafkah.
  • Hukum tidak melarang kita mengerjakan haji setiap tahun. 

3.Haji dengan sumber wang halal
  • Berusaha supaya bersih dari sumber wang yang Haram.
  • Allah tidak akan menerima Haji yang menggunakan harta Haram.
  • Perbelanjaan ketika Haji akan mendapat keberkatan dan berkat. 

4.Bersihkan hati dan Jiwa Sebelum Menunaikan Haji
  • Lakukan taubat Nasuha.
  • Menyucikan Batin.
  • Perbetulkan niat.
  • Rendah diri, lemah lembut.
  • Haji bukan tempat bermegah-megah,berlebih-lebihan.
  • Ingin mendapat keredhaan Allah.
  • Umpama kita musafir ke Akhirat.
  • Membesarkan Allah S.W.T
  • Memuliakan Kaabah,Mekah dan Kota Madinah.

5.Amalkan Adab Haji
  • Sentiasa bersedekah.
  • Perbanyakkan Tawaf Sunat.
  • Menghampiri Hajar Aswad dan Rukun Yamani
  • Membaca Al Quran.
  • Berzikir dan Berdoa.
  • Solat dihadapan Kaabah.
  • Jaga mulut dari kata-kata kesat.
  • Banyak minum air Zam-Zam.
  • Menghormati orang lain.

6.Wukuf di Padang Arafah
  • Perbanyakkan istighfar.
  • Taubat dan Doa
  • Merendah Diri dan Menangis.
  • Memohon kebaikan dunia akhirat untuk diri sendiri,keluarga,masyarakat dan kaum Muslimin \

7.Ziarah Madinah
  • Menziarahi Makam Nabi Muhammad S.A.W
  • Raudhah
  • Kubur Baqi'
  • Bukit Uhud
  • Masjid Quba'
  • Masjid Qiblatain.(Masjid 2 kiblat)

Alhamdulillah,sekian ilmu yang dapat penulis kongsikan untuk pembaca.Di harap boleh memberi manfaat kepada kita pada satu masa InsyaAllah.Wassalam





Friday, October 5, 2012

Syarat-Syarat Takbiratul Ihram

Assalamualaikum diucapkan kepada semua pembaca,Alhamdulillah,masih lagi diberi masa untuk menulis sebagai perkongsian ilmu untuk kita bersama.Pada kali ini penulis ingin berkongsi ilmu iaitu berkenaan syarat-syarat Takbiratul Ihram.Bahan-bahan yang diperolehi ini juga melalui kuliah maghrib Ustaz Luqman bin Adnan.InsyaAllah dapat dimanfaatkan bersama.

 Syarat-syarat takbiratul ihram:-
  • Dilafazkan dalam bahasa Arab
  • Dilafazkan dalam  keadaan yang tetap berdiri.
  • Dapat mendengar kesemua huruf lafaz Takbiratul ihram
  • Dilafazkan ketika menghadap kiblat.
  • Dilafazkan setelah masuk waktu solat,sekiranya solat fardu.
  • Memelihara segala huruf-8 huruf
  • Dilafazkan hanya dengan lafaz Jalalah Allah. Contohnya :

  • Tidak dipanjangkan huruf Alif pada lafaz Allah Seperti:

  • Tidak dipanjangkan huruf Alif pada lafaz Akhbar seperti:


  • Tidak dipanjangkan huruf Ba seperti:


  • Tidak ditasydidkan pada lafaz Akbar seperti:



  • Tidak ditambah huruf Wau diantara kedua-dua kalimah seperti:



  • Tidak ditambah huruf Wau sebelum kalimah Allah,seperti:


  • Mematikan huruf Ra' pada lafaz akbar:




  • Muwalat (tidak berhenti lama) diantara kedua-dua kalimah.
  • Tertib diantara kedua-dua kalimah
  • Dilafazkan setelah selesai imam bagi solat berjemaah

 Sekian yang dapat penulis kongsikan.Penulis juga memohon maap disebabkan tulisan yang penulis sediakan tidak begitu menarik.Diharap pembaca memahami apa yang disampaikan,segala yang baik dari Allah,dan yang kurang adalah dari kelemahan penulis sendiri.Wassalam

Tuesday, October 2, 2012

Qadar dan Qada'

Assalamualaikaum kepada semua pembaca,Alhamdulillah,hari ini penulis dapat juga meneruskan usaha penulis untuk bersama2 berkongsi ilmu dgan semua pembaca.kata2 para ilmuan jika di cantumkan 7 lautan masih lagi x cukup untuk memahami ilmu Allah yang sngt luas.Ilmu sngt penting kepada kita.Siapa yang mahu dunia perlu ada ilmu,jika mahu dunia dan akhirat juga perlu ada ilmu.Ilmu itu lebih baik dari amal.Seperti  pesanan Rasullullah s.a.w."Tuntutlah ilmu hingga ke negara China".Ini menunjukkan bahawa menuntut ilmu itu tidak terhad kepada kawasan setempat,malah kita juga diharuskan keluar dari tempat kita untuk menuntut ilmu.

Tajuk yang akan dibincangkan pada kali ini ialah beriman kepada qadar dan qada'

Qadar
Ketetapan yang ditentukan Allah s.a.w terhadap makhluknya sejak azali.

Qada
Perlaksanaan ketetapan yang ditentukan Allah.
Terbahagi kepada dua bahagian iaitu: Qada Mubram dan Qada Muallaq.

  • Qada Mubram- Adalah ketentuan Allah Taala yang pasti berlaku dan tidak dapat dihalang oleh sesuatu apa pun. (Contoh: Mati pasti akan berlaku).Firman Allah Taala bermaksud:
    Dan pada sisi Allah Taala jua kunci-kunci semua yang ghaib.
    (Surah al-Anaam: ayat 59).

  • Qada Muallaq: Adalah ketentuan yang tidak semestinya berlaku bahkan bergantung kepada sesuatu perkara. (Contoh: Panjang umur bergantung kepada menghubungkan silaturrahim dan amal kebajikan yang lain). Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
    Tidak boleh ditolak qadar Allah Taala melainkan doa. Dan tiada yang boleh memanjangkan umur melainkan membuat baik kepada ibubapa.
    (Riwayat Hakim, Ibnu Hibban dan Tarmizi).
Bila disatukan Qadar dan Qada ini ia merupakan suatu ketetapan yang dilaksanakan oleh Allah terhadap makhluk sejak azali.

Di sini dapat kita ketahui bawa Qadar dan Qada itu sudah ditentukan.Namun begitu kita sebagai manusia perlulah melaksanakan perintah dan meninggalkan larangan Allah dan sentiasa berusaha untuk memastikan segala yang berlaku itu adalah terbaik untuk diri kita.Memang benar segala itu telah ditentukan tetapi penentuan itu berlaku dengan sebab dan musabab.Jika jalan yang kita pilih mengarah kearah kejahatan,maka perlulah kita memilih jalan yang betul supaya ketentuan itu berlaku dengan sebetulnya seiring dengan usaha Sekian,segala yang baik dari Allah,dan  kelemahan adalah dari diri saya sendiri.Wassalam..












 

Thursday, September 27, 2012

Bulan Haji

Assalamualaikum semua,Alhamdulillah.pada pagi yang indah ini,penulis dapat meluangkan sedikit masa untuk cuba memenuhi waktu yang ada,InsyaAllah untuk terus menerus cuba menyahut seruan amal makruf nahi mungkar.

  • Cuba kita melihat jenis ibadat yang kita lakukan seperti solat yang dilakukan tiap2 waktu,dan tiap2 hari,Puasa yang dilakukan selama 30 hari setiap tahun serta Haji yang dilakukan sebagai rutin seumur hidup(bagi yang berkemampuan).Ibadat yang dilakukan berlainan jenis.tetapi semua yang dilakukan,adalah untuk manfaat diri kita sendiri .Hasilnya kita dapat rasakan setelah ibadat dilakukan samada solat yang mana kita merasai ketenangan hati selepas selesai solat atau sebaliknya,begitu juga dengan puasa Ramadhan yang akan menunjukkan hasilnya selepas bulan Ramadhan samada kita betul2 berubah atau sebaliknya,serta Haji yang menunjukkan hasilnya selepas kita pulang ke tanah air,samada Haji itu Mabrur atau sebaliknya.

  • Pada hari ini,InsyaAllah Penulis akan menulis serba sedikit perkara yang menyentuh mengenai ibadat haji,Bulan haji pada tahun ini bermula pada 17 september bersamaan dengan 1 zulkaedah.Bagi sesiapa yang mampu diingatkan jangan menangguh2kan nyer.Dan bgi yang tidak mampu berniat la akan menunaikannya jika ada kemampuan satu hari nanti.Teringat penulis tentang kuliah yang disampaikan oleh ustaz lukman yang membicarakan tentang jika kita diberi dua pilihan berkahwin atau menunaikan haji.jika kita cuma dapat memilih satu samada untuk berkahwin,atau untuk menunaikan haji,iaitu kemampuan kewangan kita hanya dapat memenuhi satu pilihan saja maka kita perlu menilai mengikut keadaan.bak kata ustaz tu 'klau dah x tahan kwen la dulu'.maksudnya.jika kita sudah tidak dapat mengawal kehendak batin tersebut,buat la pilihan untuk berkahwin dahulu.Bagi sesiapa yang mampu mengawalnya diharuskan untuk menunaikan haji terlebih dahulu.
          Untuk mengerjakan haji perlulah istito'ah iaitu mampu dari segi:

         Jasmani
         -Sihat dan kuat tubuh badan agar tidak mengalami kesulitan
           melakukan ibadat haji/umrah.

         Rohani
         -Mengetahui dan memahami rukun dan perkara berkaitan haji/umrah.
         -Waras dan memiliki persiapan mantel untuk melakukan ibadar haji/umrah.

         Ekonomi
        -Mampu membayar Biaya Penyelenggaraan Ibadat Haji.
        -Memiliki biaya hidup untuk keluarga yang ditinggalkan.

         Keamanan
        -Aman dalam perjalanan dan perlaksanaan ibadah haji/umrah.
        -Aman bagi keluarga,harta benda yang ditinggalkan.



  • Untuk pergi ke Makkah umpama kita bermusafir ke akhirat yang mana pergi ke Makkah umpama kita pergi untuk bertemu sakaratul maut.Perlulah kita bermaafan dengan sesiapa sahaja,melangsaikan segala hutang,dan melunaskan segala2nya supaya hati kita bersih untuk kita menunaikan ibadat haji.

  • Perlu memakai 2 helai kain berwarna putih untuk ihram.
  • Semakin susah ibadat yang kita lakukan semakin bnyak pahala.Ini disentuh oleh ustaz apabila terdapat jemaah yang sngt selesa untuk melakukan wukuf padang arafah(VIP)yang mana disediakan tempat berhawa dingin berbanding dengan jemaah yang biasa.

Thursday, September 20, 2012

Semua milik Allah

  • Assalamualaikum,kepada semua pembaca,Alhamdulillah,bersyukur kehadrat Ilahi sekali lagi,kita dapat bersua untuk sama2 mengingat kembali,dan bermuasabah diri supaya kita sentiasa sedar akan wujudnya satu kuasa yang besar yang mengawal setiap sesuatu di muka bumi ini iaitu Allah S.w.t

  • Dalam menjalani kehidupan seharian,baik bekerja,beriadah,beribadat dan lain-lain aktiviti,kita sering lupa tentang segala yang berlaku semuanya berdasarkan perancangan Allah swt.Begitu jugak rezeki dan keuntungan yang diperolehi daripada perniagaan atau pekerjaan juga adalah milik mutlak Allah.Kita sebagai hamba tanpa kita sedari menggunakan segala yang ada di dunia ini dengan percuma,Allah menyediakan segala sumber untuk kelangsungan hidup manusia.Kita termasuk diri saya sendiri perlu bersyukur dengan nikmat yang diberikanNya.Kita perlu sentiasa menyedari semua yang ada di dunia ini merupakan hak mutlak Allah s.w.t

  •